Thursday, March 21, 2013

Bahas Ala Parlimen SMKAM 2013


Alhamdulillah,syukur atas segala nikmatNya. Pertandingan Bahas Ala Parlimen telah dilansungkan pad 17 Mac 2013 di SMK Kota. Pasukan SMK Agama Melor telah bertanding dengan SMK Ahmad Maher. Usul yang kami bentangkan 
'Perkembangan Kemajuan Teknologi Mampu Menghakis Nilai Kemanusiaan'
Pasukan sekolah saya menjadi pihak Kerajaan. Sayang seribu kali sayang, rezeki bukan berada di pihak kerajaan. Usul kami ditolak. Tidak mengapa, kalah menang adat bertanding. InsyaAllah tahun depan kami cuba lakukan dengan lebih baik.

Perdana Menteri : FATINI MD.ZAHARI
Timb.Perdana Menteri : ANIS TASNIM
Menteri Ketiga : AMMAR HAZIM
Menteri Keempat : FATIMAH AZ-ZAHRA
Menteri Kelima : SHAIRAZI ZAINUDIN

Terima Kasih yang tidak terhingga buat Abang Muaz dan Kak Mashanis. Tanpa dorongan akak dan abe, mungkin kami tidak bersedia untuk bertanding. Terima kasih buat sahabat yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi. Tidak lupa juga buat peserta yang reserved. Sharifudin,Aqil dan Amir.

Amir dan Aqil

Sharifudin
Pengawas baru di sekolah kami. Seorang yang agak sporting. Peramah orangnya. Sentiasa tersenyum. Ramai SECRET ADMIRE ni. 

Peserta perempuan hanyalah tiga orang. Anis tasnim, Fatimah dan Fatini. 


Fatimah dan Tasnim

Sharifudin dan Tasnim

Shairazi

Hanya Razi seorang pelajar f5. Terima kasih kerana memberi komitmen yang baik. Selaku KA yang sentiasa 'busy'. Sempat jugak bagi masa untuk Bahas. 

s
Ammar Hazim

Amar, pelajar aliran Sains Agama. 4 Ibnu Sina. Pengawas Sekolah. Rakan yang sangat tegas dan suka makan. Tapi badan still kurus. Seorang yang berciri-ciri pemimpin. Terima kasih Amar atas segala teguran dan nasihat.

Amir

Amir,pelajar aliran Sains agama juga. Sekelas dengan Sharifudin. Pengawas Pusat Sumber. Orang yang tinggi ilmu pengetahuan. Muka 'serius'. Syukran jazilan Amir atas segala bantuan.

Anis Tasnim

Sahabat sejati. Sayang awak! Seorang yang memahami jiwa sahabat. Tabah. Aktif sangat sampai pengsan. Jangan stress-II Tasnim :)

Aqil

Aqil, kawan yang baik. Pendiam sepanjang perkenalan. InsyaAllah tahun depan bakal naik menjadi pembahas. Pelajar aliran sains agama. 


Fatimah Az-Zahra

Satu-satunya junior kami. Fatimah! Selalu jadi mangsa kemarahan saya. Maafkan akak ye dik? Stress -,-' Seorang pengawas yang sentiasa tegas dan memberi komitmen yang baik walaupun nak PMR. Rela tak masuk kelas. Bakal Perdana Menteri tahun depan.


Yang terakhir,


Fatini Zahari

-no caption-

Seterusnya, sesi pembahasan. Kami berada di pihak kerajaan.
kependekan terserlah.
Tasnim membidas Tim.Ketua Pembangkang dan Ketua Pembangkang
Menteri Ketiga, membidas segala kata-kata pincang pihak pembangkang
Sebelum sesi penggulungan
Sesi Penggulungan
Selepas pengumuman pemenang. Dan dinyatakan usul pada harini ditolak. Keluar dari dewan persidangan. Muka -muka kami terus berubah.
Tahun depan kita cuba lagi....
Tertewas.
Abe Muaz 
Seorang yang cukup tabah dan sabar dalam menghadapi segala pahit getir kehidupan. Sentiasa memberi suntikan semangat buat kami ber-8. Terima Kasih atas segalanya Abe Muaz :D
Cikgu Ghazali
Tidak lupa juga buat guru pengiring merangkap juru latih kami. Terima Kasih cikgu. Maafkan kami kerana tidak dapat menaikkan nama sekolah. InsyaAllah tahun depan kami cuba buat yang terbaik.
Terima Kasih atas segala sahabat seperjuangan. Semoga sentiasa dalam BarakahNya. Tunggu pertandinga Pantun pula :) Semoga SMKAM meraih kemenangan. Aminn Ya Rabb.


No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum
-Syukran For Reading
-May Allah Bless You

-Tinggalkan lah COMMENT korang :)